Rabu, 16 November 2016 | 3:18pm
Enam jam tunda yu paus

Yu paus tersangkut di pukat nelayan, dilepaskan di Pulau Undan

MELAKA: Sekumpulan nelayan dari Duyong, di sini, mengambil masa enam jam untuk menunda anak ikan yu paus (Rhicodon Typus Smith) seberat lebih 1.5 tan yang tersangkut pada jaring ketika keluar menangkap ikan, awal pagi tadi.

Mamalia sepanjang enam meter itu tersangkut pada jaring nelayan, Saedon Ibrahim, 56, yang keluar ke laut bersama adiknya, Mahat, 51, jam 4 pagi, kira-kira tujuh batu nautika dari pesisir Pulau Hanyut di sini.

NELAYAN dan penduduk cuba menyelamatkan ikan yu paus atau nama saintifiknya, Rhincodon Typus selepas tersangkut pada jaring nelayan di Perairan Selat Melaka berhampiran Pulau Hanyut. Jabatan Perikanan Melaka melepaskan semula ikan berkenaan yang masih hidup di sekitar Pulau Undan. Ikan itu adalah spesies marin yang dilindungi di bawah Akta Perikanan 1985. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan

Saedon berkata, beliau dan adiknya menaikkan ikan yu paus itu ke darat di Jeti Kuala Duyong, kira-kira jam 10 pagi.

Katanya, ketika menarik jaring beliau berasa benda berat tersangkut, tetapi tidak menyangka ia ikan yu paus gergasi.

"Kami terkejut apabila mendapati benda tersangkut pada jaring ialah yu paus gergasi yang jarang dilihat kerana ia biasanya berada di laut dalam.

NELAYAN dan penduduk cuba menyelamatkan ikan yu paus atau nama saintifiknya, Rhincodon Typus selepas tersangkut pada jaring nelayan di Perairan Selat Melaka berhampiran Pulau Hanyut. Jabatan Perikanan Melaka melepaskan semula ikan berkenaan yang masih hidup di sekitar Pulau Undan. Ikan itu adalah spesies marin yang dilindungi di bawah Akta Perikanan 1985. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan
NELAYAN dan penduduk cuba menyelamatkan ikan yu paus atau nama saintifiknya, Rhincodon Typus selepas tersangkut pada jaring nelayan di Perairan Selat Melaka berhampiran Pulau Hanyut. Jabatan Perikanan Melaka melepaskan semula ikan berkenaan yang masih hidup di sekitar Pulau Undan. Ikan itu adalah spesies marin yang dilindungi di bawah Akta Perikanan 1985. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan

"Pada mulanya kami hendak melepaskan semula ikan itu, tetapi sukar kerana keadaan jaring yang sudah rosak, selain dibimbangi jika berlaku kecederaan pada ikan itu dan berjaya menaikkannya ke Jeti Kuala Sungai Duyong, kira-kira jam 10 pagi tadi," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Bagaimanapun, atas nasihat Jabatan Perikanan negeri, mamalia itu dilepaskan semula ke laut berhampiran Pulau Undan untuk mendapatkan persekitaran air bersih pada kira-kira jam 12.45 tengah hari.

NELAYAN dan penduduk cuba menyelamatkan ikan yu paus atau nama saintifiknya, Rhincodon Typus selepas tersangkut pada jaring nelayan di Perairan Selat Melaka berhampiran Pulau Hanyut. Jabatan Perikanan Melaka melepaskan semula ikan berkenaan yang masih hidup di sekitar Pulau Undan. Ikan itu adalah spesies marin yang dilindungi di bawah Akta Perikanan 1985. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan
NELAYAN dan penduduk cuba menyelamatkan ikan yu paus atau nama saintifiknya, Rhincodon Typus selepas tersangkut pada jaring nelayan di Perairan Selat Melaka berhampiran Pulau Hanyut. Jabatan Perikanan Melaka melepaskan semula ikan berkenaan yang masih hidup di sekitar Pulau Undan. Ikan itu adalah spesies marin yang dilindungi di bawah Akta Perikanan 1985. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Ghazali A Manap, berkata ikan spesies yu paus yang tersangkut pada jaring nelayan itu ditemui dalam keadaan masih hidup, namun memerlukan persekitaran air bersih untuk dilepaskan.

"Ikan itu dinaikkan ke darat sebentar dan pemeriksaan dilakukan oleh kakitangan Jabatan Perikanan mendapati ia masih hidup, sebelum melepaskannya semula ke perairan lebih selamat di sekitar Pulau Undan.

"Kemunculan ikan yu paus ini berkemungkinan disebabkan oleh perairan Selat Melaka adalah laluan yang menghubungkan Lautan Hindi dan Laut China Selatan. Ia juga spesies marin yang dilindungi mengikut Akta Perikanan 1985," katanya.

Berita Harian X