Ahad, 30 Oktober 2016 | 4:00pm
ORANG ramai melihaat kerja-kerja mengalihkan gerabak keretapi kargo yang tergelincir di Kampung Bakap, Batu Gajah sedang giat dijalankan. - Foto Muhaizan Yahya.
ORANG ramai melihaat kerja-kerja mengalihkan gerabak keretapi kargo yang tergelincir di Kampung Bakap, Batu Gajah sedang giat dijalankan. - Foto Muhaizan Yahya.

Pasukan khas siasat insiden kargo tergelincir

SEREMBAN: Kementerian Pengangkutan mewujudkan pasukan khas bagi menyiasat insiden tren kargo yang tergelincir di Kilometer 200.3 di Kampung Bakap berhampiran Stesen Kereta Api Batu Gajah, Perak, pagi semalam.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pasukan itu menyiasat dari setiap aspek.

"Insiden ini memberi kesan besar terutama keyakinan rakyat yang selama ini menggunakan perkhidmatan kereta api.

"Siasatan akan dijalankan dan kemalangan seperti ini tidak harus berulang," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan MCA Negeri Sembilan di Bandar Baru Sendayan di sini, hari ini.

Kelmarin, Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Kuala Lumpur-Ipoh terjejas berikutan insiden tren kargo tergelincir.

Berita Harian X