Khamis, 13 Oktober 2016 | 6:18pm
UNIT Hazmat JBPM Selangor menutup kebocoran tong gas amonia
UNIT Hazmat JBPM Selangor menutup kebocoran tong gas amonia

Treler bawa tong amonia terbalik, trafik sesak di NKVE

KUALA LUMPUR: Laluan di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dari Damansara ke Jalan Duta sesak teruk susulan berlaku kemalangan membabitkan sebuah treler yang terbalik di Kilometer 19.7 menghala ke ibu negara, petang ini.

Treler membawa muatan tong gas amonia itu dipercayai terbabas selepas melanggar belakang sebuah kenderaan lain sebelum terbalik dan melintang di tengah jalan sehingga menghalang hampir semua lorong.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya yang menerima laporan kemalangan pada jam 2.48 petang mengerahkan satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara ke lokasi bersama tujuh anggota.

LALUAN di NKVE dari Damansara ke Jalan Duta sesak teruk susulan kemalangan membabitkan sebuah treler yang terbalik di Kilometer 19.7 menghala ke ibu negara, petang ini.
LALUAN di NKVE dari Damansara ke Jalan Duta sesak teruk susulan kemalangan membabitkan sebuah treler yang terbalik di Kilometer 19.7 menghala ke ibu negara, petang ini.

"Pemandu lori dan rakannya cedera ringan manakala tiga mangsa dalam kereta iaitu seorang wanita bersama dua kanak-kanak berusia lima tahun dan setahun, terselamat.

"Setakat ini kerja-kerja membersihkan laluan dan mengalihkan treler serta tong gas sudah selesai. Semua lorong sudah boleh digunakan semula dan trafik kembali lancar," katanya dalam satu kenyataan, tadi.

Katanya lagi, sepasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) bomba turut dikejarkan ke lokasi kemalangan kerana salah satu tong daripada 96 buah tong gas amonia yang bertaburan di atas jalan bocor.

"Unit HAZMAT sudah menutup kebocoran itu dan situasi disahkan selamat kepada orang awam," katanya.

Berita Harian X