Khamis, 1 September 2016 | 5:13pm

Undang-undang warta kawasan tadahan air dibentang tahun depan

MENTERI Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. - Foto Fariz Iswadi Ismail
MENTERI Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. - Foto Fariz Iswadi Ismail

PUTRAJAYA: Undang-undang bagi mewartakan kawasan tadahan air di seluruh negara dijangka dibentangkan di Parlimen April tahun depan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ketika ini rundingan masih berlangsung antara kementerian dan kerajaan negeri bagi pelaksanaan undang-undang itu.

"Perundangan berkaitan sumber air adalah di bawah kuasa negeri. Setakat ini, banyak negeri sudah menerima cadangan undang-undang ini supaya kita mempunyai undang-undang yang selaras dalam pengurusan sumber air," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan badan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar di sini, hari ini.

Mengenai jerebu, Wan Junaidi berkata, darurat yang diisytiharkan Indonesia berikutan masalah itu tidak akan memberikan kesan positif kepada Malaysia, selagi negara itu tidak menguatkuasakan larangan pembakaran terbuka.

Berita Harian X