Ahad, 7 Ogos 2016 | 11:17am

UMNO: PM rasmi mesyuarat empat bahagian di Perak

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak disambut oleh orang ramai ketika hadir untuk Perasmian Serentak Mesyuarat Perwakilan UMNO dan Sayap bagi Bahagian Bukit Gantang, Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar bagi Tahun 2016 di Dewan Besar ADTEC Taiping. - Foto Supian Ahmad

TAIPING: Datuk Seri Najib Razak tiba di Dewan Besar, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Kamunting di sini jam 10.45 pagi tadi bagi menghadiri Perasmian Serentak Mesyuarat Perwakilan UMNO dan Sayap membabitkan empat bahagian.

Empat bahagian berkenaan adalah Bukit Gantang, Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar.

Ketibaan Perdana Menteri disambut Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Turut hadir keempat-empat Ketua UMNO bahagian iaitu, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shafiee (Taiping), Datuk Syed Abu Hussein Syed Abd Fasal (Bukit Gantang), Datuk Sham Mat Sahat (Bagan Serai) dan Datuk Abu Bakar Mat Ali.

Pada sebelah petangnya, Najib dijadualkan merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lumut di Dewan Merdeka Manjung.

Berita Harian X