Isnin, 25 Julai 2016 | 7:39pm

MB rasmi pejabat Media Prima Berhad Negeri Sembilan

SEREMBAN: Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, hadir merasmikan pejabat berita Media Prima Berhad (MPB) Cawangan Negeri Sembilan, yang baru dibuka di Kemayan Square di sini, hari ini.

Pejabat yang terletak di tingkat atas pejabat The New Straits Times Press Berhad (NSTP) merangkumi bahagian editorial BH, Harian Metro dan New Straits Times, selain jabatan pengiklanan dan pengedaran.

Timbalan Pengarang Urusan Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen MPB, Datuk Manja Ismail, berkata pejabat baharu itu menempatkan masing-masing seorang wartawan dan jurukamera TV3.

MENTERI Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan hadir merasmikan pejabat berita Media Prima Berhad (MPB) Cawangan Negeri Sembilan. - Foto Hazreen Mohamad
MENTERI Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan hadir merasmikan pejabat berita Media Prima Berhad (MPB) Cawangan Negeri Sembilan. - Foto Hazreen Mohamad

"Pembukaan pejabat ini membolehkan TV3 (MPB) memberi liputan menyeluruh mengenai perkara yang berlaku di Negeri Sembilan, sekali gus mendekatkan kita dengan masyarakat setempat," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran pejabat berkenaan yang diadakan serentak dengan majlis rumah terbuka NSTP/ TV3.

Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan MPB, Datuk Seri Amrin Awaluddin; Ketua Bahagian Berita MPB, Nasharudin Tajudin; Pengurus Besar Kumpulan Perkhidmatan Pengurusan Kumpulan MPB, Abdul Wahab Mohamad dan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, Datuk Rohaizad Yaakob.

Berita Harian X