Jumaat, 22 Julai 2016 | 7:04pm

3,000 dijangka sertai OCBC KL Ride 2016

(DARI kiri) Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz, Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif OCBC Bank (Malaysia) Berhad, Ong Eng Bin pada majlis pelancaran program pertandingan berbasikal 'OCBC KL Ride 2016' di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Saifullizan Tamadi

KUALA LUMPUR: Kira-kira 3,000 peserta dijangka menyertai pertandingan berbasikal 'OCBC KL Ride 2016' sejauh 42 kilometer bermula di Dataran Merdeka, di sini, 13 November depan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz, berkata peserta bakal melalui laluan yang menempatkan bangunan ikon negara, kawasan bersejarah dan kawasan hijau.

"Konsep laluan itu membolehkan peserta beriadah sambil menikmati kawasan menarik seperti Bangunan Sultan Abdul Samad dan Menara Berkembar Petronas di samping menghayati keindahan alam semula jadi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program itu, di sini, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad, berkata penyertaan dibuka kepada semua, termasuk pelancong asing, mulai hari ini.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi program di www.ocbccyclekl.com. - BERNAMA

Berita Harian X