Jumaat, 15 Julai 2016 | 11:57pm

Kakitangan PETRONAS di Juba selamat kembali

KUALA LUMPUR: PETRONAS hari ini mengesahkan bahawa kesemua kakitangannya yang berpangkalan di Juba, Sudan Selatan telah selamat kembali ke Kuala Lumpur, semalam.

"PETRONAS ingin mengucapkan terima kasih kepada Wisma Putra dan semua pihak yang terlibat atas sokongan dan usaha yang diselaraskan bagi memastikan keselamatan mereka," kata PETRONAS dalam satu kenyataan malam ini.

Media antarabangsa melaporkan bahawa pertempuran sengit berlaku pada Jumaat antara tentera yang setia kepada Presiden Sudan Selatan, Salva Kiir dan Naib Presiden Pertama, Riek Machar.

Lebih 300 orang dilaporkan terkorban dalam pertempuran itu yang berlarutan selama berhari-hari.

Pada Isnin, Kiir dan Machar masing-masing mengarahkan pihak-pihak berkaitan mematuhi gencatan senjata yang nampaknya masih bertahan. - BERNAMA

Berita Harian X