Sabtu, 18 Jun 2016 | 8:20am
Antara pengundi warga emas yang menunggu di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar. - Foto Asyraf Hamzah
Antara pengundi warga emas yang menunggu di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar. - Foto Asyraf Hamzah
Pengundi mula berbaris untuk menunaikan tanggungjawab mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar di Sekolah Kebangsaan Manong, Kuala Kangsar. - Foto Danial Saad
Pengundi mula berbaris untuk menunaikan tanggungjawab mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar di Sekolah Kebangsaan Manong, Kuala Kangsar. - Foto Danial Saad

Proses pengundian PRK bermula

Antara pengundi warga emas yang menunggu di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar. - Foto Asyraf Hamzah
Antara pengundi warga emas yang menunggu di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar. - Foto Asyraf Hamzah

bhnews@bh.com.my

KUALA KANGSAR: Semua 23 pusat daerah mengundi membabitkan 69 saluran dibuka jam 8 pagi ini, menandakan bermulanya proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.

Sebanyak 11 daripada pusat mengundi itu terletak di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Chandan, manakala 12 lagi di DUN Manong yang semuanya membabitkan 69 saluran.

Seramai 15,334 pengundi biasa dari kawasan DUN Bukit Chandan dan 17,298 dari kawasan DUN Manong atau keseluruhan 32,632 pengundi layak mengundi bagi memilih wakil rakyat baharu dikawasan berkenaan.

Tempat mengundi akan ditutup secara rasmi jam 5 petang ini dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan 75 peratus pengundi menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.

Sebanyak 22 buah sekolah rendah dan menengah, masing-masing dua di dewan orang ramai dan Sekolah Agama Rakyat di gunakan bagi pusat mengundi.

SPR juga menggalakkan pengundi keluar awal iaitu pada sebelah pagi, berikutan jangkaan hujan di sebelah petang.

PRK Kuala Kangsar diadakan serentak dengan PRK Parlimen Sungai Besar, Selangor berikutan kematian Ahli Parlimen masing-masing iaitu Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikoper di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Di sini, empat calon bertanding kali ini, hanya calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid yang berdaftar sebagai pengundi di Parlimen Kuala Kangsar, manakala Dr Najihatussalehah adalah pengundi di Parlimen Parit, Dr Ahmad Termizi di Shah Alam, Selangor dan Izat Bukhary Ismail Bukhary di Kelantan.

Mastura dijadual menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi di Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Muzwin.

Parlimen Kuala Kangsar mempunyai sebanyak 32,949 pengundi berdaftar dan daripada jumlah itu 22,496 adalah Melayu; Cina (7,757); India (2,287); Orang Asli (330); Bumiputera Sarawak (16); Bumiputera Sabah (13) dan lain-lain 50.

Berita Harian X