Sabtu, 11 Jun 2016 | 5:05pm

Tingkat usaha banteras pelajar terbabit dadah

MENTERI Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyampaikan sumbangan kepada wakil masjid pada Majlis Tadarus Perdana anjuran UMNO Bahagian Padang Terap di Pusat Komuniti Parlimen Padang Terap, Kampung Kerasak, Naka, Padang Terap, hari ini. - Foto Amran Hamid

PADANG TERAP: Kementerian Pendidikan akan memperkukuhkan kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mengekang aktiviti penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata pihaknya akan memberi tumpuan terhadap sekolah yang dikelaskan sebagai 'Kategori C'.

"Sekolah 'Kategori C' merujuk kepada sekolah yang mempunyai rekod tinggi dalam masalah disiplin pelajar, ponteng sekolah dan dadah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Tadarus Perdana anjuran UMNO Bahagian Padang Terap di Pusat Komuniti Parlimen Padang Terap, Kampung Kerasak, Naka, di sini, hari ini.

Mengenai penyebaran maklumat palsu berkaitan penambahan cuti persekolahan sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, beliau berkata, cuti persekolahan masih mengikut takwim sedia ada.

"Kita sudah tetapkan cuti persekolahan dan ia kekal begitu. Buat masa ini tiada pindaan menambah cuti," katanya.

Berita Harian X