X
Ahad, 15 Mei 2016 | 9:16am

2 wanita maut kereta terbabas

Kenderaan dinaiki mangsa yang terbabit kemalangan.
Kenderaan dinaiki mangsa yang terbabit kemalangan.

IPOH: Dua wanita maut manakala tiga lelaki cedera selepas yang dinaiki terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Kilometer (KM) 257 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, dekat Kuala Kangsar, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 4.15 pagi itu, kereta PROTON Savvy berkenaan melanggar pembahagi kiri, menyebabkan semua mangsa dipercayai tercampak keluar dari kenderaan.

Dua yang maut ialah pemandu kereta, Syahrul Amie Shahriman, 28, meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpang hadapan, Nabilah Syahmimi Zulkifli, 21, meninggal ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Wan Jamil Wan Chik, berkata mayat pemandu kenderaan dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat manakala mangsa lain dibawa ke HRPB untuk rawatan sebelum seorang disahkan turut meninggal dunia.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Berita Harian X