Jumaat, 29 April 2016 | 3:28pm

Koleksi setem hargai Sasterawan Negara

PETUGAS Pos Malaysia, Nurul Azzreen Razali, 24, menunjukkan Setem Hari Pertama Sasterawan Negara pada Program Bicara Sasterawan dan Majlis Pelancaran Setem dan Sampul Surat Hari Pertama Sasterawan Negara yang diadakan di MAEPS, Serdang. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

SERDANG: Koleksi Setem dan Sampul Surat Hari Pertama Sasterawan Negara (SN) dilancarkan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2016 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini, hari ini.

Koleksi itu menampilkan wajah tiga SN iaitu SN pertama, Dr Kamaluddin Muhammad atau Keris Mas; SN ketiga, Datuk Usman Awang (Tongkat Warrant) dan SN kelima, Dr Mohammad Abdul Biang (Arena Wati).

Ia dilancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh, dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Abdul Adzis Abas.

Penghasilan setem dan sampul surat hari pertama itu ialah inisiatif Pos Malaysia Berhad dalam menghargai sasterawan yang menghasilkan karya bertaraf dunia, selain memelihara dan mengetengahkan warisan negara.

Koleksi setem itu dijual pada harga 80 sen sekeping, manakala sampul surat hari pertama SN dan fail khas untuk menyimpan setem, masing-masing berharga 55 sen dan RM6.35.

Berita Harian X