Jumaat, 22 April 2016 | 5:21pm
Bangunan pra sekolah berdekatan dengan stor dipercayai seorang guru dipatuk ular di Sekolah Kebangsaan Seri Perdana, Alor Setar. - Foto Sharul Hafiz Zam
Bangunan pra sekolah berdekatan dengan stor dipercayai seorang guru dipatuk ular di Sekolah Kebangsaan Seri Perdana, Alor Setar. - Foto Sharul Hafiz Zam

Jabatan Kesihatan Kedah sahkan guru tidak dipatuk ular

Seorang guru dipercayai dipatuk ular di Sekolah Kebangsaan Seri Perdana, Alor Setar. - Foto Sharul Hafiz Zam
Seorang guru dipercayai dipatuk ular di Sekolah Kebangsaan Seri Perdana, Alor Setar. - Foto Sharul Hafiz Zam

ALOR SETAR: Seorang guru wanita berusia 23 tahun cedera pada kaki selepas mendakwa dipatuk ular di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Perdana di sini, semalam.

Dalam kejadian itu kira-kira jam 12 tengah hari, guru wanita berkenaan dikatakan sibuk menyimpan barang ke dalam kereta miliknya, sebelum berasa kakinya sakit dipercayai dipatuk ular.

Insiden itu disedari beberapa guru selepas mendengar mangsa menjerit sejurus dipatuk menyebabkan kakinya kebas.

Mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Norhizan Ismail, mengesahkan guru berkenaan diberi rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.

"Pemantauan di Jabatan Kecemasan HSB mendapati keadaan guru berkenaan stabil tanpa tanda atau kesan patukan ular.

"Oleh kerana guru berkenaan mengadu berasa kebas di kaki, pakar HSB menempatkan beliau di wad pemerhatian Jabatan Kecemasan, sebelum dimasukkan ke wad untuk pemerhatian dan pemantauan berterusan.

"Pemeriksaan pakar pagi ini mendapati keadaan beliau stabil tanpa tanda patukan ular," katanya sambil menambah guru berkenaan dibenarkan keluar hospital pagi tadi.

Berita Harian X