Rabu, 20 April 2016 | 2:22pm

Tukar gelaran IS kepada anti-IS - Dr Zakir Naik

PENDAKWAH antarabangsa, Dr Zakir Naik memberi ceramah di program Nurturing Muslim Scholars di dewan seberguna Kolej Permata Insan. - Foto Hazreen Mohamad
PENDAKWAH antarabangsa, Dr Zakir Naik memberi ceramah di program Nurturing Muslim Scholars di dewan seberguna Kolej Permata Insan. - Foto Hazreen Mohamad

BANDAR BARU NILAI: Penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik menggesa media negara Islam mengubah gelaran militan IS kepada anti-IS, kerana pengganas itu jelas bukan memperjuangkan Islam.

Beliau berkata, tindakan militan itu yang membunuh orang tidak bersalah tidak boleh diterima kerana ia tidak langsung mencerminkan nilai Islam sebenar.

Susukan itu, katanya, media terutama dalam kalangan negara Islam tidak perlu mengiktirafnya.

"Mereka sendiri menggelarkan diri sebagai IS... jika saya mendakwa diri sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) datang melawat sekolah ini (Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia), adakah media akan menulis saya adalah Presiden AS?

"Pasti tidak, kerana anda tahu saya bukan Presiden AS. Sama juga dengan IS, kita tahu mereka bukan pejuang IS, jadi mengapa anda menulis mereka IS? Anda sepatutnya menulis mereka anti-IS.

"Dengan merujuk sebagai IS, kita secara tidak sedar mempromosikan mereka dan membiarkan salah faham mengenai Islam terus berlaku," katanya ketika syarahan dan sesi soal jawab di Kolej PERMATA Insan di USIM di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad.

Berita Harian X