Khamis, 14 April 2016 | 10:28pm

Lebih 30,000 orang hadir syarahan Dr Zakir

Ribuan hadiran cuba menghampiri pendakwah Dr Zakir Naik (tengah, kanan) ketika tiba bersama Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman (tengah, kiri) di perkarangan SM Imtiaz Besut sebelum menyampaikan ceramahnya bertajuk: "Does God Exist?" dengan kawalan ketat anggota RELA malam semalam. - Foto BERNAMA

CHUKAI: Lebih 30,000 penduduk Kemaman dan sekitar, termasuk dari Kuantan membanjiri Padang Astaka di sini untuk mendengar syarahan pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik.

Kebanjiran orang ramai menyebabkan berlaku kesesakan jalan raya menuju ke Padang Astaka sejak jam 8 malam.

Hujan renyai sejurus sebelum syarahan bermula tetapi orang ramai tetap tidak berganjak dari tempat duduk.

Syarahan keempatnya dalam siri jelajah Terengganu bertajuk 'Pilihan Muslim - Dakwah atau Kemusnahan'.

Beliau tiba dengan diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Terdahulu, dalam siri Jelajah Terengganu, Dr Zakir yang berada di negeri ini sejak Ahad lalu memberi syarahan di Kuala Terengganu dan Besut.

Berita Harian X