Sabtu, 9 April 2016 | 1:26pm

Program menjahit catat rekod

TUNKU Azizah (kiri) berkenan hadir dan menyertai seramai 606 peserta dengan menjahit beramai-ramai serentak sekali gus melakar nama dalam Guinness World Records pada Pameran Seni Jahitan Batik Malaysia hari ini. - Foto BERNAMA
TUNKU Azizah (kiri) berkenan hadir dan menyertai seramai 606 peserta dengan menjahit beramai-ramai serentak sekali gus melakar nama dalam Guinness World Records pada Pameran Seni Jahitan Batik Malaysia hari ini. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Program Menjahit Beramai-Ramai Serentak 2016 mendapat pengiktirafan Guiness World Records apabila mencatat penyertaan paling ramai iaitu 606 peserta yang menjahit serentak selama 20 minit.

Program itu anjuran bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Perbadanan Putrajaya (PPj), Persatuan Seni Jahitan Kreatif (PSJK), Pusat Latihan Kraftangan Epal serta Janome Malaysia.

Peserta merangkumi wakil pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa institusi menjahit batik.

Acara berkenaan turut disertai Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Pada majlis sama, Tunku Azizah Aminah Maimunah turut merasmikan pelancaran Pasar Kraftangan peringkat kebangsaan.

Turut hadir isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah RM Jasni; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri dan Timbalan Menteri KPWKM, Datin Paduka Chew Mei Fun serta wakil Guinness World Records, Kimberly Dennis.

Pada program berkenaan, Malaysia Book Of Records (MBOR) turut mengiktiraf pembuatan sofa terpanjang menggunakan bahan kitar semula iaitu jeans terpakai.

Sofa dihasilkan oleh banduan Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang itu berukuran 52.5 meter.

Berita Harian X