Ahad, 27 March 2016 | 10:39pm
BANTUAN oleh Aman Palestin berjaya dibawa masuk ke kawasan kem Yarmouk menerusi pintu Babbila di bawah kawalan Akhnaf Baitulmaqdis. - Foto Al Zahrin Alias
BANTUAN oleh Aman Palestin berjaya dibawa masuk ke kawasan kem Yarmouk menerusi pintu Babbila di bawah kawalan Akhnaf Baitulmaqdis. - Foto Al Zahrin Alias
PENDUDUK berebut ketika agihan kotak barangan makanan dijalankan. - Foto Al Zahrin Alias
PENDUDUK berebut ketika agihan kotak barangan makanan dijalankan. - Foto Al Zahrin Alias
PENDUDUK mulanya beratur untuk mendapatkan kotak barangan makanan yang diedarkan oleh Aman Palestin. - Foto Al Zahrin Alias
PENDUDUK mulanya beratur untuk mendapatkan kotak barangan makanan yang diedarkan oleh Aman Palestin. - Foto Al Zahrin Alias
PELARIAN yang tidak sabar memanjat lori untuk mendapatkan kotak barangan makanan. - Foto Al Zahrin Alias
PELARIAN yang tidak sabar memanjat lori untuk mendapatkan kotak barangan makanan. - Foto Al Zahrin Alias
PELARIAN memanjat lori untuk mendapatkan kotak barangan makanan. - Foto Al Zahrin Alias
PELARIAN memanjat lori untuk mendapatkan kotak barangan makanan. - Foto Al Zahrin Alias
KEADAAN dinding bangunan yang berlubang dengan kesan tembakan. - Foto Al Zahrin Alias
KEADAAN dinding bangunan yang berlubang dengan kesan tembakan. - Foto Al Zahrin Alias
ANTARA bangunan yang hancur akibat bedilan susulan konflik yang berlaku di antara pemberontak dan tentera kerajaan. - Foto Al Zahrin Alias
ANTARA bangunan yang hancur akibat bedilan susulan konflik yang berlaku di antara pemberontak dan tentera kerajaan. - Foto Al Zahrin Alias
KEADAAN bangunan yang hancur akibat peperangan. - Foto Al Zahrin Alias
KEADAAN bangunan yang hancur akibat peperangan. - Foto Al Zahrin Alias
MASJID Sheikh Badruddin. - Foto Al Zahrin Alias
MASJID Sheikh Badruddin. - Foto Al Zahrin Alias
PELAJAR yang mengikuti pembelajaran dalam kelas yang disediakan di Masjid Sheikh Badruddin. - Foto Al Zahrin Alias
PELAJAR yang mengikuti pembelajaran dalam kelas yang disediakan di Masjid Sheikh Badruddin. - Foto Al Zahrin Alias

Bantuan tiba lepas setahun menunggu

DAMSYIK, Syria: Usaha Aman Palestin memasuki kem Yarmouk di selatan Damsyik yang masih dikuasai pemberontak bagi menyalurkan bantuan makanan kepada penduduk yang terperangkap, akhirnya berjaya dilaksanakan semalam.

Selepas gagal memasuki kawasan terbabit menerusi pintu di utara Yarmouk kelmarin, misi kami beralih ke laluan dikenali sebagai pintu Babbila, yang sedang dikuasai kumpulan Akhnaf Baitulmaqdis.

Konvoi tiga kereta bersama dua lori membawa muatan kira-kira 500 kotak makanan asas, terpaksa melalui pemeriksaan ketat tentera Syria.

Seorang demi seorang diperiksa sebelum pasport kami diambil dan dibiarkan menunggu dalam kesejukan selama hampir satu jam.

Selepas diperiksa, tentera Syria mengingatkan kami, mereka tidak akan membantu jika berlaku insiden tidak diingini sejurus memasuki kem Yarmouk. Hanya lori bersama muatan dibenarkan melepasi sekatan terakhir itu, manakala kereta kami terpaksa perlu ditinggalkan.

Kami diarah berjalan kaki kira-kira 100 meter dari lokasi sekatan terakhir tentera Syria itu untuk menuju pintu masuk yang dikawal pejuang Akhnaf Baitulmaqdis.

Ingatan tentera Syria itu sekadar mencetuskan prasangka buruk terhadap kumpulan pemberontak yang selama ini turut dianggap pengganas oleh media barat.

Sangkaan buruk terhadap kumpulan Akhnaf Baitulmaqdis ini meleset, kerana bukan saja disambut baik, malah kami dibenarkan meninjau kawasan dikuasai mereka.

Rombongan Aman Palestin disambut Ketua Pendamai Akhnaf Baitulmaqdis, Sheikh Anas Attowi, bersama sekumpulan pejuangnya yang lengkap bersenjata.

Kami dibawa menaiki bas menuju pusat pentadbiran mereka dan sepanjang perjalanan selama lima minit itu, jelas kelihatan keadaan di sini jauh berbeza dengan kawasan Yarmouk yang dikuasai tentera Syria.

KEADAAN kereta kebal dan bangunan yang musnah akibat peperangan di kem Yarmouk di selatan Damsyik. - Foto Al Zahrin Alias
KEADAAN kereta kebal dan bangunan yang musnah akibat peperangan di kem Yarmouk di selatan Damsyik. - Foto Al Zahrin Alias

KESAN pada dinding bangunan yang berlubang akibat kesan tembakan dan bedilan - Foto Al Zahrin Alias
KESAN pada dinding bangunan yang berlubang akibat kesan tembakan dan bedilan - Foto Al Zahrin Alias

Di sini walaupun bangunannya banyak yang runtuh dan lubang kesan tembakan jelas kelihatan pada dinding setiap bangunan, tetapi penghuni kawasan ini masih menjalankan aktiviti seperti biasa.

Sheikh Anas berkata, kawasan di bawah penguasaan mereka mempunyai 3,000 keluarga atau kira-kira 10,000 penduduk.

Katanya, kira-kira 5,000 penduduk lagi masih terperangkap di tengah Yarmouk yang ditawan kumpulan pemberontak lain.

Gencatan senjata yang dipersetujui di antara Akhnaf Baitulmaqdis dengan tentera Syria, membolehkan kawasan terbabit menjadi laluan masuk kepada bantuan.

Namun, ketika agihan kotak barangan makanan dijalankan, sama seperti kawasan kem pelarian lain, berlakunya tolak menolak dan perebutan.

ROMBONGAN Aman Palestin mengagihkan kotak barangan makanan di kem Yarmouk di selatan Damsyik. - Foto Al Zahrin Alias
ROMBONGAN Aman Palestin mengagihkan kotak barangan makanan di kem Yarmouk di selatan Damsyik. - Foto Al Zahrin Alias

ADEGAN tolak menolak dan perebutan berlaku ketika agihan kotak barangan makanan dijalankan. - Foto Al Zahrin Alias
ADEGAN tolak menolak dan perebutan berlaku ketika agihan kotak barangan makanan dijalankan. - Foto Al Zahrin Alias

Jika sebelum ini agihan makanan di kem Saida Zainab kecoh, keadaan di sini lebih teruk lagi.

Ini kerana sudah setahun mereka tidak menerima bantuan daripada mana-mana pihak dan rombongan Aman Palestin adalah kumpulan pertama yang datang menghulurkan sumbangan.

Lori yang membawa muatan barangan bantuan retak cermin hadapan selain besi penghadang badan lori patah akibat dipanjat serta dipijak pelarian yang terdesak memerlukan barangan makanan.

Pejuang bersenjata Akhnaf Baitulmaqdis segera membawa kami memasuki pejabat pentadbiran kerana keadaan di luar semakin kecoh dan di luar kawalan.

Sheikh Anas mendakwa, kebanyakan mereka yang mendapatkan barangan bantuan itu datang dari kawasan tengah Yarmouk kerana paling terdesak memerlukan makanan.

Katanya, bagi pelarian dalam kawasan dikuasai mereka, penduduk boleh keluar membeli barangan makanan tetapi perlu menempuh pemeriksaan tentera yang sangat ketat, selain mematuhi waktu tertentu untuk keluar dan masuk.

WALAUPUN bangunannya banyak yang runtuh dan lubang kesan tembakan jelas kelihatan pada dinding setiap bangunan, tetapi penghuni kawasan ini masih menjalankan aktiviti seperti biasa. - Foto Al Zahrin Alias

PENGHUNI kawasan ini menjalankan aktiviti seperti biasa. - Foto Al Zahrin Alias
PENGHUNI kawasan ini menjalankan aktiviti seperti biasa. - Foto Al Zahrin Alias

Keadaan di Babbila jauh berbeza, di bawah kumpulan Akhnaf Baitul Maqdis penduduknya bebas menjalankan segala aktiviti.

Kami dibawa melawat Masjid Sheikh Badruddin dan yang mengejutkan adalah tingkat bawahnya dijadikan sebagai sekolah yang mempunyai 1,000 pelajar berusia di antara empat hingga 25 tahun.

Sheikh Anas berkata, walaupun keadaan masih tidak aman dan sering berperang tetapi pelajaran adalah keutamaan kepada mereka. Tenaga pengajarnya adalah sukarelawan dalam kalangan penduduk setempat.

Ini kerana mereka tidak boleh keluar sesuka hati dan orang luar juga dihalang memasuki kawasan itu oleh tentera Syria menyebabkan mereka terpaksa menggunakan kepakaran yang ada.

Tiada kemudahan elektrik kerana bekalan ke kawasan yang dikuasai pemberontak sekitar Yarmouk sudah diputuskan kerajaan. Begitu juga dengan kemudahan kesihatan, tiada klinik atau hospital terdapat di kawasan ini.

MASJID Sheikh Badruddin menyediakan kelas pembelajaran untuk kira-kira 1,000 anak pelarian Palestin yang masih berlindung di kawasan Kem Yarmouk yang dikuasai pejuang Akhnaf Baitulmaqdis. - Foto Al Zahrin Alias

PELAJAR mengikuti pembelajaran dalam kelas yang dikendalikan di Masjid Sheikh Badruddin. - Foto Al Zahrin Alias
PELAJAR mengikuti pembelajaran dalam kelas yang dikendalikan di Masjid Sheikh Badruddin. - Foto Al Zahrin Alias

Katanya, bekalan ubatan masih mampu diperoleh tetapi mereka tiada tenaga pakar dalam bidang perubatan di kawasan itu.

Sheikh Anas mendakwa, mereka bukan saja bertempur dengan tentera Syria, malah turut terbabit dalam pertempuran dengan kumpulan Daesh yang turut menguasai sebahagian kawasan Yarmouk.

Dakwanya, kumpulan Daesh adalah pengacau dengan perjuangan mereka jauh tersasar daripada ajaran Islam.

"Kami adalah kumpulan pertama bertempur dengan Daesh. Islam menolak dan tidak mengajar keganasan, sebaliknya mengutamakan keamanan.

"Ini yang diterapkan dalam perjuangan kami. Jangan lakukan kekerasan kepada insan yang tidak berdosa sepanjang berjihad," katanya.

Sepanjang berada di Babbila, tiada apa yang berlaku walaupun hakikatnya nyawa kami semua ibarat telur di hujung tanduk.

Sheikh Anas turut menegaskan, umat Islam adalah satu walaupun berbeza dialek percakapan, ukhwah itu tetap ada.

Katanya, kumpulannya tidak mahu terus membinasakan keadaan di Yarmouk atau Syria tetapi ingin membina jambatan perhubungan ibarat jambatan Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC).

"Jangan terus menggali terowong yang akan meruntuhkan bumi Syria tetapi mahu perhubungan seperti jambatan KLCC yang menghubungkan dua menara," katanya.

Tersentak seketika saya bila mendengar perumpamaan itu, membuktikan walau di mana saja, sesiapa saja, semuanya mahukan keamanan.

Hari ini, Aman Palestin meneruskan hari terakhir misi kemanusiaan di Syria. Orang ramai yang mahu membantu pelarian Syria dan Palestin boleh menyumbang menerusi Aman Palestin menerusi akaun Maybank 562263010787. Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan melayari www.amanpalestin.net.

Berita Harian X