Selasa, 22 March 2016 | 10:00pm
Misi bantuan Aman Palestin ke Kem Pelarian Syria. - Foto Al Zahrin Alias

Pelarian berdepan krisis kesihatan kerana birokrasi

Misi bantuan Aman Palestin ke Kem Pelarian Syria. - Foto Al Zahrin Alias
Misi bantuan Aman Palestin ke Kem Pelarian Syria. - Foto Al Zahrin Alias

BEIRUT: Krisis kesihatan semakin meruncing kepada pelarian Palestin dan Syria yang berada sekitar kem pelarian di Lubnan.

Kebanyakan pelarian di sini walaupun hidup aman tanpa sebarang letupan dan peperangan tetapi kurang mendapat perhatian dari segi kesihatan.

Ini kerana polisi Lubnan yang agak 'berkira' dengan pelarian yang berada di sini dan kemasukan pelarian ke negara ini juga mula disekat.

Sukarelawan Aman Palestin, Dr Zairul Nizam Zainol Fitri, 46, berkata keadaan kesihatan bagi pelarian di sekitar Lubnan agak berbeza dengan yang dihadapi penduduk di Gaza.

Katanya, jika di Gaza, krisis kesihatan lebih kepada kecederaan akibat tembakan serta letupan tetapi di kem pelarian Lubnan krisis kesihatan lebih kepada kekurangan zat dan penyakit yang berkaitan dengan kebersihan seperti meningitis, batuk kering, pertussis dan malaria.

Dr Zairul yang juga pakar bedah dan ortopedik berkata, golongan kanak-kanak lebih berisiko untuk terdedah kepada penyakit berjangkit sebegini.

"Melalui pemeriksaan yang dijalankan sepanjang melawat kem pelarian di Lubnan, masih belum terdapat kes penyakit berjangkit tetapi risiko untuk mendapatkannya sangat tinggi.

Misi bantuan Aman Palestin ke Kem Pelarian Syria. - Foto Al Zahrin Alias
Misi bantuan Aman Palestin ke Kem Pelarian Syria. - Foto Al Zahrin Alias

"Ini kerana keadaan kem pelarian yang berkongsi sumber air yang sama dari paip atau telaga. Selain itu ketiadaan sistem pembentungan yang teratur juga memungkinkan terjadinya krisis penyakit berjangkit.

"Risiko itu tetap ada dan jika terjadi satu krisis penyakit berjangkit, dalam masa yang sangat singkat seluruh kawasan kem akan terjejas," katanya.

Dr Zairul berkata, dalam lawatannya ke kem pelarian Marj, Beqaa mendapati pelarian di sini turut mengabaikan soal kebersihan dan kesihatan diri.

Sebagai contoh katanya, terdapat pelarian yang membuang air kumbahan menggunakan tangan dan membuangnya semula ke tanah bersebelahan dengan kem penempatan.

Katanya, walaupun pelarian membuang air kumbahan ke atas tanah tetapi kuman atau mikroorganisma itu masih hidup dan berkembang dalam tanah.

Misi bantuan Aman Palestin ke Kem Pelarian Syria. - Foto Al Zahrin Alias
Misi bantuan Aman Palestin ke Kem Pelarian Syria. - Foto Al Zahrin Alias

"Tidak mustahil ia akan memasuki semula sumber air jika mereka menggunakan telaga. Ketika hujan juga, kawasan kem akan bertakung dengan air dan takungan itu akan memasuki kawasan khemah.

"Kawasan khemah pula kebanyakannya hanya berlantaikan tanah. Kanak-kanak pula bermain air, makanan diletakkan atas tanah, ia akan tersebar memasuki sistem badan manusia. Akibatnya akan terjadi penyebaran penyakit berjangkit," katanya.

Dr Zairul berkata, situasi di Gaza dan kem pelarian Lubnan hanya sama dari segi kesukaran mendapatkan rawatan dan kekurangan sumber ubat-ubatan.

Katanya, jika di Gaza kepakaran itu ada tetapi terjejas kerana ketiadaan sumber ubat dan di Lubnan pula kepakaran serta ubat ada tetapi terjejas dari segi birokrasi.

"Pelarian perlu bayar kos yang tinggi untuk mendapatkan rawatan. Ini sesuatu yang tidak masuk akal kerana pelarian tiada sumber pendapatan bagaimana mereka mampu membayar kos perubatan.

"Ada pelarian yang memberitahu hospital meminta bayaran hingga ribuan ringgit hanya untuk mendapatkan rawatan yang minor seperti patah tulang. Kos rawatan di sini tiga kali ganda berbanding Malaysia," katanya.

Berita Harian X