Ahad, 13 March 2016 | 10:23am

PM bersarapan di Satay Ceko

NAJIB bersama Adenan serta kenamaan lain bersarapan bersama peniaga di Plaza Astana, pagi ini. - Foto Mohd Radzi Bujang
NAJIB bersama Adenan serta kenamaan lain bersarapan bersama peniaga di Plaza Astana, pagi ini. - Foto Mohd Radzi Bujang

PETRA JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa kira-kira 30 minit meninjau Plaza Astana, di sini, pagi ini dan turut bersarapan bersama peniaga di kompleks perniagaan milik MARA itu.

Beliau yang ditemani Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem terdahulu tiba di kompleks berkenaan pada jam 9.15 pagi, beramah mesra dengan orang ramai dan kemudian singgah di kedai kopi popular di bandar raya ini, Satay Ceko.

Najib menikmati juadah kegemaran penduduk Sarawak, antaranya mi Jawa, sate ayam dan sate kulit, kuih celorot serta lemang betawi.

Yang turut serta, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang; Menteri Perumahan negeri, Datuk Amar Abang Johari Openg; Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Morshidi Abdul Ghani dan Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai.

Selepas tinjauan mesra di kompleks perniagaan menempatkan 33 peniaga Bumiputera itu, beliau bergegas ke Serian untuk melancarkan fasa ketiga projek Lebuhraya Pan Borneo jajaran Serian-Pantu.

Berita Harian X