Khamis, 18 Februari 2016 | 4:04pm

22 perintis Diploma Pascasiswazah Kerja Sosial UKM-ISM

NAIB Canselor UKM, Datuk Dr Noor Azlan Ghazali.
NAIB Canselor UKM, Datuk Dr Noor Azlan Ghazali.

KUALA LUMPUR: Seramai 22 pegawai pembangunan masyarakat di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menjadi kumpulan pertama ditawarkan pengajian dalam Diploma Pascasiswazah Kerja Sosial di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Tawaran disampaikan Naib Canselor UKM, Datuk Dr Noor Azlan Ghazali, dengan disaksikan Timbalan Menteri KPWKM, Datuk Azizah Mohd Dun, selepas majlis menandatangani memorandum perjanjian antara UKM dan Institut Sosial Malaysia (ISM) di sini, hari ini.

Program Diploma Pascasiswazah Kerja Sosial (DPSKS) adalah kursus dalam perkhidmatan kerajaan melalui KPWKM yang ditawarkan kepada pegawai pembangunan masyarakat bagi memenuhi keperluan profesionalisme dalam bidang kerja sosial.

Program setahun itu dilaksanakan dalam dua semester dan lulusan berkenaan layak meneruskan pengajian dalam Sarjana Kerja Sosial di UKM.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha KPWKM, Datuk Sabariah Hassan; Pengarah ISM, Dr Al-Azmi Bakar; dan Timbalan Naib Canselor UKM (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Prof Datuk Dr Riza Atiq Abdullah.

Berita Harian X