Selasa, 19 Januari 2016 | 1:25pm

Pindaan 2 akta berkaitan tanah akan dibentang

DATUK Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar. - Foto Nadim Bokhari
DATUK Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar. - Foto Nadim Bokhari

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan membentangkan pindaan undang-undang membabitkan Akta Pengambilan Tanah 1960 dan Akta Hakmilik Strata 1985 pada persidangan Dewan Rakyat, April ini.

Menteri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata kedua-dua akta berkenaan digubal lebih 40 tahun lalu dan sudah lapuk, sekali gus memerlukan pindaan segera.

"Cadangan pindaan akta itu diharap membantu kerajaan menambah baik perkhidmatan pengurusan tanah," katanya pada sidang media selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2016 kepada warga kementeriannya, di sini pagi tadi.

Wan Junaidi berkata, pihaknya juga membuat semakan semula beberapa undang-undang lain, termasuk berkaitan Dasar Air Negara, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan biodiversiti.

Berita Harian X