Ahad, 18 Oktober 2015 | 12:51pm

TPM terima Darjah Utama Negeri Melaka

AHMAD Zahid dianugerahkan Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) daripada Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob. - Foto ihsan Pejabat Ketua Menteri Melaka
AHMAD Zahid dianugerahkan Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) daripada Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob. - Foto ihsan Pejabat Ketua Menteri Melaka

AYER KEROH: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dianugerahkan Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) daripada Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob, sebentar tadi.

Istiadat anugerah tertinggi Melaka yang membawa gelaran Datuk Seri Utama itu disampaikan pada sesi khas sempena hari jadi Mohd Khalil di Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT), di sini.

Pada istiadat itu, isteri Ketua Menteri, Datin Seri Fadilah Abdullah turut dianugerahkan Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM), yang membawa gelaran Datuk Wira.

Yang turut hadir, isteri Ahmad Zahid, Datin Seri Hamidah Khamis dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Berita Harian X