BERIKUT adalah kronologi tragedi MH17 ditembak jatuh.
17 JULAI 2014
- Pesawat MH17 ditembak jatuh di wilayah Donestk, timur Ukraine.
19 JULAI 2014
- 133 pegawai, pakar dari Malaysia tiba di Kiev.
21 JULAI 2014
-Pemimpin kumpulan pemisah, Alexander Borodai serahkan dua kotak hitam kepada Malaysia.
- 282 mayat di Torez dihantar ke Kharkiv guna kereta api sebelum diterbangkan ke Belanda.
22 JULAI 2014
- 40 keranda tiba di Lapangan Terbang Tentera Eindhoven.
25 JULAI 2014
- Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai sahkan kedua-dua kotak hitam berkeadaan baik dan kandungannya tidak tercemar.
27 JULAI 2014
- Belanda umum identiti mangsa pertama dikenal pasti.
31 JULAI 2014
- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak temui Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte, di The Hague dan menuntut gencatan senjata di lokasi pesawat terhempas.
1 OGOS 2014
- 15 identiti pertama mangsa rakyat Malaysia dikenal pasti Pasukan DVI.
19 OGOS 2014
- 28 identiti mangsa MH17 rakyat Malaysia dikenal pasti.
22 OGOS 2014
- Hari Perkabungan Negara
9 SEPTEMBER 2014
- Laporan awal nahas MH17 dikeluarkan Lembaga Keselamatan Belanda (OVV).
14 OKTOBER 2014
- Pasukan penyiasat Malaysia memasuki lokasi nahas MH17 untuk ambil barangan peribadi milik mangsa.
1 DISEMBER 2014
- Malaysia diterima sebagai ahli penuh dalam Pasukan Siasatan Bersama MH17.
9 DISEMBER 2014
- Bangkai penuh pesawat MH17 tiba di pangkalan tentera udara Belanda di Gilze-Rijen, selatan Belanda.
18 FEBRUARI 2015
- Draf resolusi terbaharu Majlis Keselamatan PBB mengenai keadaan di Ukraine.
10 JULAI 2015
- Malaysia menerima laporan awal hasil siasatan nahas MH17 daripada pihak berkuasa Belanda. Kerajaan memerlukan 60 hari teliti laporan secara menyeluruh dan terperinci.
10 JULAI 2015
- Lima negara termasuk Malaysia desak Majlis Keselamatan PBB menubuhkan tribunal jenayah antarabangsa untuk mendakwa suspek yang menembak jatuh pesawat MH17.
11 JULAI 2015
- Malaysia mengadakan majlis memperingati ulang tahun pertama tragedi pesawat MH17.
30 JULAI 2015
- Russia menggunakan kuasa veto menolak resolusi Majlis Keselamatan PBB bagi penubuhan tribunal khas itu.
11 OGOS 2015
- Pasukan penyiasat antarabangsa MH17 kenal pasti serpihan dari peluru berpandu BUK buatan Russia di lokasi terhempas.
24 OGOS 2015
- Malaysia serah maklum balas berkaitan laporan nahas pesawat MH17 kepada pasukan penyiasat Belanda.
13 OKTOBER 2015
- Lembaga Keselamatan Belanda (OVV) sahkan MH17 ditembak jatuh dengan peluru berpandu BUK buatan Russia.
- Pengerusi OVV, Tjibbe Joustra sahkan tiga anak kapal mati di dalam kokpit terkena serpihan peluru berpandu.
- Bagaimanapun laporan akhir itu tidak menyatakan siapa yang bertanggungjawab melancarkan peluru berpandu itu.