Isnin, 12 Oktober 2015 | 4:27pm
Kadar baharu tol. - BHOnline
Kadar baharu tol. - BHOnline

Kadar baharu tol di NPE, BESRAYA

KUALA LUMPUR: Pengendali lebuh raya, New Pantai Expressway Sdn Bhd serta BESRAYA (M) Sdn Bhd hari ini mengumumkan penyelarasan struktur kadar baru tol di konsesi Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dan Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) yang akan dikuatkuasakan mulai 15 Oktober, Khamis ini.

Berikutan itu, kadar baru tol NPE di Plaza Tol Pantai Dalam dan Plaza Tol PJS5 bagi kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi dan bas kini menjadi RM2.30; kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda (kecuali bas) RM4.60; dan kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas) RM6.90.

Kadar bagi Plaza Tol PJS2 untuk kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi dan bas pula adalah RM1.00; kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda (kecuali bas) RM4.60; dan kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas) RM6.90.

Sementara itu, bagi struktur kadar tol BESRAYA di Plaza Tol Mines Utara dan Selatan pula, kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi dan bas adalah RM2.00; kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda (kecuali bas) RM4.00; dan kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas) RM4.00.

Berita Harian X