Isnin, 12 Oktober 2015 | 3:46pm

Lebuhraya LATAR turut umum kadar baru tol mulai Khamis ini

KUALA LUMPUR: Pengendali lebuh raya, KL-Kuala Selangor Expressway Bhd (KLSEB), hari ini mengumumkan penyelarasan struktur kadar baru tol di konsesi Lebuhraya KL-Kuala Selangor (Lebuhraya LATAR) yang akan dikuatkuasakan mulai 15 Oktober, Khamis ini.

Penyelarasan struktur kadar baru tol di Plaza Tol Ijok, Plaza Tol Kuang Timur, Plaza Tol Kuang Barat dan Plaza Tol Taman Rimba Templer bagi bagi kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi dan bas kini menjadi RM2.50, kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda (kecuali bas) RM5.00 dan kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas) RM7.50.

Namun tiada kenaikan kadar tol di Plaza Tol Kundang Timur dan Plaza Tol Kundang Barat yang masih kekal pada kadar RM1.30 (kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi dan bas), RM2.60 (kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda kecuali bas) dan RM3.90 (kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih kecuali bas).

Berita Harian X