Rabu, 16 September 2015 | 1:55pm
60 pasangan diijabkabulkan pada Majlis Pernikahan beramai-ramai Jama'ie Syar'ie anjuran JAIPk di Masjid Sultan Azlan Shah Ipoh. - Foto Mohd Nazrulaswad.
60 pasangan diijabkabulkan pada Majlis Pernikahan beramai-ramai Jama'ie Syar'ie anjuran JAIPk di Masjid Sultan Azlan Shah Ipoh. - Foto Mohd Nazrulaswad.

60 pasangan sertai majlis pernikahan beramai-ramai

IPOH: Seramai 60 pasangan selamat diijabkabulkan pada Majlis Pernikahan Beramai-ramai Jama'ie Syar'ie yang berlangsung di Masjid Sultan Azlan Shah, di sini, hari ini.

Program itu anjuran Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bermula seawal jam 8 pagi dengan pendaftaran pasangan pengantin sebelum upacara akad nikah pada jam 9.30 pagi.

Program itu yang sudah masuk tahun kedua penganjurannya, dianjurkan bertujuan menggalakkan perkahwinan dilaksanakan mengikut syariat islam dan mengurangkan beban.

Pasangan yang dinikahkan berusia antara 20 hingga 40 tahun dan program akan diteruskan malam ini di sebuah hotel di sini yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Berita Harian X