BALIK PULAU: Bilangan pegawai kesihatan yang ditempatkan di Tanah Suci bagi memantau perkembangan jemaah haji adalah mencukupi, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.
Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya akan memantau perkembangan insiden runtuhan kren terbabit dari semasa ke semasa bagi memastikan kebajikan jemaah haji terjamin.
"Buat masa ini, pegawai yang kita tempatkan di sana adalah mencukupi, selain jemaah yang cedera akan ditempatkan di hospital berdekatan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Program Sukarelawan Malaysia 1M4U dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM), di sini, sebentar tadi.