Isnin, 7 September 2015 | 7:07pm
SEKURANG-kurangnya 80 pelajar sebuah sekolah berasrama penuh di Beseri mendapatkan rawatan di klinik kesihatan di sini selepas mengalami simptom keracunan makanan. - Foto Hafizudin Mohd Safar
SEKURANG-kurangnya 80 pelajar sebuah sekolah berasrama penuh di Beseri mendapatkan rawatan di klinik kesihatan di sini selepas mengalami simptom keracunan makanan. - Foto Hafizudin Mohd Safar

80 pelajar alami simptom keracunan makanan

PADANG BESAR: Sekurang-kurangnya 80 pelajar sebuah sekolah berasrama penuh di Beseri, dekat sini, dikejarkan ke sebuah klinik berhampiran selepas masing-masing mengalami simptom keracunan makanan.

Selain sakit kepala dan perut, rata-rata pelajar berusia antara 13 dan 17 tahun itu turut mengalami muntah yang serius sejak jam 9 pagi, iaitu selepas kira-kira tiga jam menikmati sarapan di dewan sekolah berkenaan.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Zaini Hussin, ketika dihubungi mengesahkan kejadian menimpa semua pelajar terbabit.

"Daripada lebih 80 pelajar itu, hanya seorang sahaja dirujuk ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk rawatan lanjut kerana mengalami dehidrasi sederhana, manakala selebihnya dirawat sebagai pesakit luar," katanya.

Berita Harian X