Isnin, 24 Ogos 2015 | 8:51pm
NAJIB berucap pada majlis sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2015 di sini, hari ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah
NAJIB berucap pada majlis sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2015 di sini, hari ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah

Wanita pembuat keputusan di sektor awam melebihi sasaran - Najib

NAJIB dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bergambar bersama Ahli Majlis Penasihat dan Perunding Wanita (MPPW) 2015 pada majlis Sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2015 bertemakan 'Raikan Kegemilangan' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim (enam dari kiri). - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Penyertaan wanita di peringkat pembuat keputusan di sektor awam sehingga Jun lalu sudah mencapai 33 peratus, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, statistik itu melebihi sasaran 30 peratus yang ditetapkan kerajaan, dan ia membuktikan bahawa kegigihan kerajaan dalam merealisasikan matlamat itu berhasil.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi sektor korporat serta swasta, penyertaan wanita di peringkat pembuat keputusan untuk tempoh sama pula, hanya pada kadar 15 peratus.

"Saya menyeru semua sektor korporat supaya menunjukkan komitmen penuh dan mengambil langkah sewajarnya untuk menaikkan peratusan itu," katanya berucap pada majlis sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2015 di sini, hari ini.

Najib berkata, penetapan dasar sekurang-kurangnya 30 peratus pembabitan wanita di peringkat pembuat keputusan di sektor awam dan korporat adalah antara inisiatif kerajaan dalam memartabatkan golongan itu di negara ini supaya berada di puncak kejayaan. - BERNAMA

Berita Harian X