Jumaat, 21 Ogos 2015 | 7:26am

Tiga beranak mangsa letupan Bangkok selamat tiba di Kota Bharu

TIGA sekeluarga yang terselamat dalam kejadian letupan bom di Bangkok iaitu Tan Rui Hun, 29, (berkerusi roda); diiringi isterinya, Teo Khaei Ling, 27 (kiri); dan ibu mertua Tan Rui, Tan Kim Siok, 52 (dua dari kiri) tiba di Lapangan Terbang Sultan Petra, Kota Bharu, kira-kira jam 11.45 malam tadi. - Foto Syamsi Suhaimi

Kota Bharu: Tiga beranak yang menjadi mangsa letupan bom di Bangkok, Thailand pada Isnin lalu, selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, kira-kira jam 11.45 malam tadi.

Tiga sekeluarga terbabit yang terselamat dan beradal dari Pasir Mas, Kelantan itu ialah pasangan suami isteri, Tan Rui Hun, 29, isterinya, Teo Khaei Ling, 27, dan ibu Khaei Ling, Tan Kin Siok, 53.

Turut menunggu tiga beranak terbabit sanak saudara terdekat termasuk suami Kin Siok, Teo Lee Wah, 58.

Khaei Ling berkata, beliau lega apabila menjejak kaki ke Kelantan untuk pulang ke rumah di Pasir Mas.

Beliau berkata, mereka bertiga berasa gembira apabila dapat bertemu dengan ahli keluarga.

"Maaflah kami tak bersedia untuk bercakap panjang kerana masih letih dan belum sempat berehat selepas kejadian itu," katanya.

Sementara itu, suaminya, Rui Hun juga tidak bersedia untuk ditemu bual oleh wartawan kerana masih dalam keadaan trauma dengan kejadian itu.

Beliau juga mengalami kecederaan di kaki, tangan dan badan akibat terkena serpihan bom.

Berita Harian X