Sabtu, 11 Julai 2015 | 4:28pm

Peningkatan pelawat China bukti kejayaan promosi pelancongan Kedah

KETUA Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Tan Sri Khalid Ramli.
KETUA Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Tan Sri Khalid Ramli.

LANGKAWI: Ketibaan banyak pelancong dari China ke sini baru-baru ini mempunyai makna yang sangat besar kepada promosi 'Discover Kedah Year 2016', kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Tan Sri Khalid Ramli hari ini.

Katanya, sebagai destinasi pelancongan terkenal, Langkawi pasti mendapat manfaat daripada promosi pelancongan itu kerana ia menawarkan banyak tarikan unik kepada pelancong China yang juga adalah pencinta alam semula jadi.

"Ketibaan itu (pelancong dalam jumlah besar) akan menjadi pembuka tirai bagi Discover Kedah Year 2016," katanya ketika menyambut ketibaan 1,700 pelancong China ke sini melalui pakej yang diuruskan sebuah syarikat di negara itu.

Khalid berharap kumpulan yang turut dianggotai artis dan wartawan itu akan menjadi pemula trend bagi lebih banyak pelancong China datang bercuti di pulau ini. - BERNAMA

Berita Harian X