Sabtu, 2 Mei 2015 | 12:56pm

Dua maut, tiga cedera nahas tiga motosikal di Melaka

MAYAT mangsa yang maut di lokasi kemalangan melibatkan 3 buah motosikal di Jalan Tanjung Kling, Kampung Gelam, Melaka. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan
MAYAT mangsa yang maut di lokasi kemalangan melibatkan 3 buah motosikal di Jalan Tanjung Kling, Kampung Gelam, Melaka. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan

MELAKA: Dua penunggang motosikal maut, tiga lagi cedera termasuk seorang kanak-kanak 12 tahun dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal di Jalan Kampung Gelam, di sini, kira-kira jam 9 malam tadi.

Dalam kejadian itu, Suhaimi Lamlaeh, 20, yang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ dari arah Tanjong Kling menuju ke Tangga Batu, dipercayai bertembung dengan dua motosikal dari arah bertentangan sebelum motosikalnya dikatakan terbakar.

Mangsa yang juga warga negara Thailand, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di badan dan kepala.

Seorang lagi penunggang, Muhamad Amirul Adam, 16, turut maut ketika tiba di ruang kecemasan Hospital Melaka, manakala rakan pemboncengnya, Mohd Hamdan Syahkirin Amiruddin, 18, cedera di kepala.

Dua mangsa lain, Jamaluddin Abdul Hadi, 47, dan anaknya, Muhammad Farid Hakimi, 12, hanya cedera ringan.

Berita Harian X