Khamis, 19 Februari 2015 | 12:05pm
Maklumat operasi pencarian. - Foto NSTP
Maklumat operasi pencarian. - Foto NSTP
Anggota Bomba dan Penyelamat menjalankan operasi mencari mangsa yang dipercayai lemas. - Foto NSTP
Anggota Bomba dan Penyelamat menjalankan operasi mencari mangsa yang dipercayai lemas. - Foto NSTP

2 dikhuatiri lemas, 6 terselamat bot dipukul ombak di Kuala Gula

DIKHUATIRI LEMAS...Warga tempatan, Muhammad Farid Hussin, 25, (kiri) dan warga Indonesia, Patahhul Karim, 27. - Foto NSTP
DIKHUATIRI LEMAS...Warga tempatan, Muhammad Farid Hussin, 25, (kiri) dan warga Indonesia, Patahhul Karim, 27. - Foto NSTP

KUALA KURAU: Dua dikhuatiri lemas manakala enam berjaya diselamatkan selepas bot yang mereka naiki ketika memancing dipukul ombak di Pancang Gambang, berhampiran rumah api Kuala Gula dekat sini kira-kira jam 7.30 malam tadi.

Kejadian membabitkan tiga bot memancing dari beberapa kumpulan pemancing tempatan dan warga asing.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau, berkata dua yang hilang dipercayai rakyat tempatan berusia 25 tahun dan warga Indonesia berusia 27 tahun.

"Maklumat awal yang kami terima memaklumkan terdapat tiga bot terbabit dalam kejadian itu dengan dua daripadanya tenggelam selepas dipukul ombak manakala sebuah lagi hanyut.

"Kami menerima panggilan kira-kira jam 7.41 pagi tadi dan sehingga jam 11 pagi ini operasi pencarian permukaan air masih belum berjaya menemui mangsa yang hilang," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Katanya, operasi turut dibantu Pasukan penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh dan Kuala Kangsar.

Berita Harian X