Isnin, 2 Februari 2015 | 11:53am
KERETA api milik Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) tergelincir akibat melanggar jengkaut di Membakut, Sabah 5.30 pagi tadi.- Foto Insan Pembaca

Kereta api tergelincir langgar jengkaut di Membakut

KOTA KINABALU: Kereta api yang membawa kira-kira 130 penumpang dari Beaufort ke Kota Kinabalu, tergelincir selepas melanggar sebuah jengkaut di Membakut, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, kebanyakan penumpang kereta api empat gerabak itu adalah pekerja di sekitar ibu negeri.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

Difahamkan, punca kejadian disebabkan laluan ke Tanjung Aru diubah menyebabkan kereta api itu masuk ke kawasan Bandau Yard Membakut sebelum melanggar jengkaut yang berada di landasan.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Mustaffa Maarof Mustaffa ketika dihubungi berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS), berkata keadaan itu menyebabkan perkhidmatan kereta api bagi laluan berkenaan ditutup untuk kerja pembaikan landasan.

Berita Harian X