Jumaat, 9 Januari 2015 | 12:35pm
KIRA-KIRA 300 penumpang diarahkan keluar selepas bahagian enjin feri Pulau Payar tiba-tiba berasap ketika baru berlepas dari Pangkalan Sultan Abdul Halim, di sini, pagi tadi. - Foto hiasan/wikipedia
KIRA-KIRA 300 penumpang diarahkan keluar selepas bahagian enjin feri Pulau Payar tiba-tiba berasap ketika baru berlepas dari Pangkalan Sultan Abdul Halim, di sini, pagi tadi. - Foto hiasan/wikipedia

Enjin feri berasap, 300 penumpang diarah turun

BUTTERWORTH: Kira-kira 300 penumpang diarahkan keluar selepas bahagian enjin feri Pulau Payar tiba-tiba berasap ketika baru berlepas dari Pangkalan Sultan Abdul Halim, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian itu pada jam 8.30 pagi, feri yang dalam perjalanan ke terminal Raja Tun Uda di bahagian pulau, terpaksa berpatah balik ke jeti selepas bahagian belakang feri itu dipenuhi kepulan asap hitam dipercayai berpunca daripada kerosakan enjin.

Jurucakap feri berkata, semua penumpang selamat dan tidak cedera.

"Berdasarkan pemeriksaan awal, kerosakan enjin menyebabkan kepulan asap hitam keluar dari bahagian belakang feri.

"Bagaimanapun, tiada kebakaran berlaku dan keadaan dapat dikawal kru feri yang terlatih bagi menghadapi sebarang kecemasan dalam pelayaran," katanya.

Berita Harian X