Jumaat, 12 Disember 2014 | 11:50am
PENGARAH Hal Ehwal Korporat dan Kerajaan Tesco, Datuk Azlam Shah Alias (empat dari kanan) menyerahkan sumbangan kepada mangsa banjir di kawasan Manjoi sambil diperhatikan oleh Pengurus Besar Pejabat Pengerusi MPB, Shariman Zainal Abidin (tiga dari kiri) di Ipoh hari ini. - Foto L Manimaran

100 keluarga mangsa banjir di Manjoi, Klebang terima bantuan daripada Media Prima

IPOH: Seramai 100 keluarga yang menjadi mangsa banjir di kawasan Manjoi dan Klebang, di sini, Isnin lalu menerima bantuan daripada Media Prima Bhd (MPB).

Bantuan barangan keperluan diserahkan Briged Sukarelawan Media Prima-The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) hari ini.

Misi bantuan mangsa banjir diketuai Pengurus Besar Pejabat Pengerusi MPB, Shariman Zainal Abidin itu diadakan di Surau Al-Husseiniah, Jalan Kolam Kampung Tengku Hussein Lama, Manjoi dan Sekolah Kebangsaan Seri Klebang dengan setiap keluarga menerima bantuan berbentuk barangan bernilai RM200.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) turut disertai Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd yang diwakili Pengarah Hal Ehwal Korporat dan Kerajaan Tesco, Datuk Azlam Shah Alias.

Bantuan disalurkan melalui dana Tabung Bencana NSTP-Media Prima hasil sumbangan orang ramai.

Misi kali ini adalah misi bantuan banjir selepas Penampang, Sabah dan Baling, Kedah.

Keseluruhannya, lebih 500 keluarga dalam ketiga-tiga misi ini menerima bantuan.

Berita Harian X