Khamis, 11 Disember 2014 | 9:26pm
ATLET Wusyu wanita negara, Phoon Eyin beraksi dalam acara Chanquan wanita pada Sukan Universiti Asean ke-17 di Palembang, hari ini. Beliau berjaya merangkul pingat emas pertama selepas memungut mata sebanyak 9.39. - Foto BERNAMA

Najib ucap tahniah Phoon Eyin raih emas pertama Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada atlet wushu negara, Phoon Eyin yang meraih pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Universiti ASEAN ke-17 di Pusat Promosi Sriwijaya, Palembang, Indonesia hari ini.

"Tahniah Phoon Eyin menang pingat emas pertama negara dalam Sukan Universiti ASEAN 2014 melalui acara wusyu. Teruskan #BudayaKecemerlangan," kata Najib dalam catatan di laman Twitternya.

Mengutip 9.39 mata, Phoon Eyin, 18, menang dengan perbezaan hanya 0.01 mata menewaskan pencabarnya, atlet tuan rumah, Natalie Cherisda Tanasa yang meraih perak dengan 9.38 mata.

Gangsa milik atlet Laos, Payai dengan 7.26 mata.

Selain Eyin, skuad wushu turut membolot dua perak dan sebutir gangsa.

Dua pingat perak diperoleh menerusi Wong Weng Son bagi acara Chanquan lelaki dan Ng Shin Yii (Taijiquan wanita) manakala pingat gangsa oleh Loh Choon How (Taijiquan lelaki)

- BERNAMA

Berita Harian X