Selasa, 2 Disember 2014 | 10:26pm
SERAMAI 42 penduduk dari 15 keluarga di Kampung Kuala Slim dekat sini dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di SK Kuala Slim akibat banjir kilat melanda kampung itu petang tadi. - Foto Rosman Shamsudin

LALUAN masuk ke kawasan kampung turut ditenggelami air dengan arus deras menyebabkan penduduk segera berpindah. - Foto Rosman Shamsudin
LALUAN masuk ke kawasan kampung turut ditenggelami air dengan arus deras menyebabkan penduduk segera berpindah. - Foto Rosman Shamsudin

42 penduduk di Kampung Kuala Slim dipindahkan akibat banjir

SLIM RIVER: Seramai 42 penduduk dari 15 keluarga di Kampung Kuala Slim dekat sini dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Slim akibat banjir kilat melanda kampung itu petang tadi.

Banjir kilat pada jam 3.30 petang itu berikutan paras air Sungai Bernam naik mendadak akibat hujan lebat di kawasan Tanjung Malim dan melimpah menyebabkan kampung itu dinaiki air setinggi kira-kira satu meter.

Lokasi kampung itu hanya kira-kira dua kilometer dari lokasi jalan dan cerun bukit yang runtuh di Batu 4 Jalan Kuala Slim, malam kelmarin.

Ketua Kampung Kuala Slim, Shukri Radzi Mat Said, 44, berkata air mula naik sejam sebelum itu menyebabkan penduduk dipindahkan ke sekolah dengan bantuan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Slim River dengan menggunakan bot dan kenderaan pacuan empat roda.

"Laluan masuk ke kawasan kampung turut ditenggelami air dengan arus deras menyebabkan penduduk segera berpindah," katanya di sini semalam.

Beliau berkata, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah dan serta pemimpin setempat turut memberi bantuan awal kepada mangsa banjir.

Katanya, penduduk diminta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

Berita Harian X