Isnin, 1 Disember 2014 | 5:55pm
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan-o-cha pada majlis makan tengah hari sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Thailand ke Malaysia di Seri Perdana. - Foto BERNAMA

Prayut temui komuniti Thailand di Malaysia

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan-o-cha hari ini mengadakan pertemuan tertutup dengan kira-kira 150 orang komuniti negara itu di Malaysia.

Pertemuan itu yang diadakan di sebuah hotel di sini, berlangsung kira-kira satu setengah jam dan turut dihadiri oleh ahli perniagaan dan penuntut Thailand.

Sebelum itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Jeneral Prayut mengadakan pertemuan empat mata dan menghadiri mesyuarat delegasi di Bangunan Perdana Putra.

Jeneral Prayut juga diraikan Najib pada majlis makan tengah hari di Seri Perdana di sini.

Ini adalah lawatan rasmi pertama Jeneral Prayut ke Malaysia selepas dilantik sebagai perdana menteri Thailand pada 25 Ogos lalu.

Lawatan itu bertujuan membentuk hubungan baik dengan Najib selain meninjau kemajuan hubungan dua hala antara Malaysia dan Thailand.

- BERNAMA

Berita Harian X