Isnin, 1 Disember 2014 | 2:47pm

Thailand iktiraf peranan Malaysia pulih keamanan di selatan Thai

DATUK Seri Najib Razak ketika sidang media selepas menerima kunjungan rasmi Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan-ocha di Putrajaya hari ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah
DATUK Seri Najib Razak ketika sidang media selepas menerima kunjungan rasmi Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan-ocha di Putrajaya hari ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah

PUTRAJAYA: Thailand mengiktiraf Malaysia sebagai satu-satunya negara yang akan memainkan peranan penting untuk menjalankan rundingan bagi memulihkan keamanan di selatan negara berkenaan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, perkara itu dinyatakan Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan-ocha dalam pertemuan mereka di sini.

"Prayut mengiktiraf peranan Kuala Lumpur sebagai orang tengah dalam rundingan berkenaan," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Prayut dalam rangka lawatan rasmi sehari ke negara ini bersama 19 anggota rombongan.

Lawatan itu adalah yang pertama beliau selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Thailand pada 25 Ogos lalu.

Berita Harian X