Isnin, 1 Disember 2014 | 11:03am
PRAYUT Chan-Ocha (kiri) diiringi oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim (dua dari kiri) memeriksa kawalan kehormat sebaik tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk lawatan rasmi pertama beliau di sini, hari ini. - Foto BERNAMA

PM Thailand tiba untuk lawatan rasmi

PRAYUT Chan-Ocha (tengah) diiringi oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim (kanan) ketika tiba bagi lawatan rasmi pertama beliau ke Malaysia di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Thailand, Jen Prayut Chan-ocha, tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada jam 10.20 pagi untuk lawatan rasmi sehari ke Malaysia.

Menurut kenyataan Wisma Putera semalam, delegasi Prayut seramai 10 orang turut disertai timbalan perdana menteri dan menteri luar, timbalan menteri pertahanan dan panglima tentera darat, timbalan menteri pengangkutan dan pegawai kanan kerajaan.

Lawatan ini adalah yang pertama beliau selepas dilantik sebagai perdana menteri Thailand pada 25 Ogos lalu.

Ia bertujuan membina hubungan baik dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan meninjau kemajuan hubungan dua hala antara kedua-dua negara berjiran ini. - BERNAMA

Berita Harian X