Jumaat, 31 Oktober 2014 | 6:35pm

PIIACuF 2014 tonjol keindahan Islam kepada dunia - Najib

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika merasmikan Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya 2014 (PIIACuF 2014) di Putrajaya hari ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika merasmikan Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya 2014 (PIIACuF 2014) di Putrajaya hari ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah

PUTRAJAYA: Penganjuran Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya 2014 (PIIACuF 2014) di sini adalah satu inisiatif dilakukan Malaysia bagi menonjolkan keindahan Islam kepada dunia, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, festival itu juga menggalakkan dan memartabatkan kesenian dan kebudayaan Islam kerana kedua-dua elemen itu sangat digalakkan dalam Islam.

"Islam adalah agama kedamaian tapi ada segelintir pihak yang menyalahgunakan tafsiran Islam ini hingga wujud fenomena Islamophobia sekali gus dikaitkan dengan keganasan.

"Ini bukan Islam tapi orang yang amalkan Islam dengan cara tidak betul," katanya ketika berucap merasmikan PIIACuF 2014 di sini, sebentar tadi.

Berita Harian X