Sabtu, 30 Ogos 2014 | 6:14pm

Sambutan merdeka beri rakyat peluang dalami erti sebenar Merdeka - PM

RAPTAI Hari Merdeka di Dataran Merdeka. - Foto EFFENDY RASHID
RAPTAI Hari Merdeka di Dataran Merdeka. - Foto EFFENDY RASHID

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, walaupun Hari Kemerdekaan ke-57 negara, yang akan disambut esok disambut sederhana, namun ia memberi peluang baik untuk rakyat mendalami erti sebenar Merdeka.

"Walaupun #Merdeka57 disambut sederhana, ia memberi kita peluang baik untuk mendalami erti kata sebenar Merdeka.

"Laungan Merdeka selama 57 tahun ini mengingatkan kita tentang segala rintangan yang kita hadapi demi mencapai perpaduan #Merdeka57," katanya menerusi twit terbaharu beliau dalam laman Twitter di sini, hari ini.

Najib dijadual menyampaikan Amanat Merdeka, yang julung kalinya dibuat secara langsung di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic), Jalan Ampang di sini, malam ini.

Esok, beliau akan menghadiri program perarakan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 negara di Dataran Merdeka. - BERNAMA

Berita Harian X