Selasa, 9 Ogos 2022 | 3:58pm

Kadi kena reman

JOHOR BAHRU: Seorang kadi daerah di negeri ini, ditahan reman selama empat hari kerana disyaki mengemuka tuntutan palsu pada tahun 2020.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret R Salini di Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini, hari ini hingga Jumaat depan.

Menurut sumber, suspek yang berusia 51 tahun, ditahan kerana mengemuka tuntutan palsu kepada Bahagian Kewangan Pejabat Kadi Daerah berkenaan, bagi bulan Oktober 2020 berkaitan tuntutan elaun perjalanan dalam negeri miliknya.

Suspek membuat tuntutan menaiki kenderaan persendirian, sedangkan beliau menghadiri program anjuran Jabatan Agama Islam Negeri Johor dengan menggunakan kenderaan jabatan.

Terdahulu, tertuduh tiba ke mahkamah Johor Bahru dengan berpakaian lokap dan diiringi pengawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Seorang kadi daerah direman empat hari disyaki mengemuka tuntutan palsu. - Foto NSTP/Omar Ahmad
Seorang kadi daerah direman empat hari disyaki mengemuka tuntutan palsu. - Foto NSTP/Omar Ahmad
Berita Harian X