Ahad, 26 Jun 2022 | 12:32pm
Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandunya dipercayai dirempuh sebuah pikap di Jalan Seremban-Kuala Pilah lewat malam tadi. - Foto ihsan Bomba
Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandunya dipercayai dirempuh sebuah pikap di Jalan Seremban-Kuala Pilah lewat malam tadi. - Foto ihsan Bomba

Pemandu wanita maut, kereta bertembung pikap

SEREMBAN: Wanita maut selepas kereta dipandu bertembung sebuah pikap di Jalan Seremban-Kuala Pilah, malam tadi.

Ketua Polis daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, berkata kejadian jam 11.05 malam itu menyebabkan mangsa, Nurfurqan Norazmi, 22, dari Felda Serting Hilir 4, Jempol meninggal dunia di lokasi.

Siasatan awal mendapati mangsa memandu Perodua Viva sendirian dari arah Seremban menghala ke Kuala Pilah, sebelum Mitsubishi Triton dipandu lelaki 34 tahun dari arah bertentangan hilang kawalan dan memasuki laluan mangsa.

"Akibatnya berlaku pertembungan dan dua kenderaan itu remuk di hadapan. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu pikap cedera di kaki," katanya dalam kenyataan hari ini.

Nanda berkata, mayat pemandu wanita itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga.

Pemandu pikap yang cedera dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X