Selasa, 22 March 2022 | 9:27pm

Suspek bunuh, bakar wanita dituduh esok

KUALA LUMPUR: Suspek utama kes bunuh dan bakar seorang wanita di sebuah sekolah di Bandar Tun Razak, Cheras, di sini, akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, esok.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar yang mengesahkan perkara itu berkata pertuduhan ke atas pengawal keselamatan lelaki yang berusia 34 tahun itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.

"Suspek yang masih bujang mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan cabul dan samun," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya telah mengambil keterangan 37 individu termasuk pengawal keselamatan itu bagi membantu siasatan kes.

Pada 12 Mac lalu, media melaporkan seorang wanita yang bekerja sebagai penyelia kedai buku ditemukan rentung disyaki dibunuh dan dibakar di dalam bilik bengkel sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak. – BERNAMA

Berita Harian X