Ahad, 13 Februari 2022 | 12:19pm
Mior Faridalathrash (kanan) dan Presiden Persatuan Lepasan Sekolah Clifford Kuala Kangsar, Datuk Sallehuddin Saidin (kiri) dalam program hari ini. - Foto BERNAMA
Mior Faridalathrash (kanan) dan Presiden Persatuan Lepasan Sekolah Clifford Kuala Kangsar, Datuk Sallehuddin Saidin (kiri) dalam program hari ini. - Foto BERNAMA

Ajaran sesat di daerah Muallim

KUALA KANGSAR: Ajaran sesat di Perak, disyaki berasal dari negeri jiran dan bertapak di daerah Muallim, kata Ketua Polis Perak, Mior Faridalathrash Wahid.

"Ada satu kumpulan yang kita kenal pasti di Muallim. Kumpulan ini sebenarnya bergerak dari negeri jiran, kemudian mereka membuat penempatan di Muallim," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Kayuhan Reunion antara Cliffordian Cycle Team dan Old Cliffordian Association di sini hari ini.

Mior Faridalathrash berkata, polis tidak boleh memberi maklumat lanjut kerana siasatan masih dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Khamis lalu, polis mengesan kegiatan ajaran sesat di Perak berdasarkan video yang tular.

Pada Januari lalu, seorang lelaki memuat naik video secara penstriman langsung menerusi laman Facebook miliknya mendakwa kononnya berlaku perhimpunan ulama serta kemunculan Imam Mahdi di Sabah serta menunjukkan koleksi pedang dan keris yang dijual di sebuah kedai di Kuala Kangsar. – BERNAMA

Berita Harian X