Selasa, 26 Oktober 2021 | 8:20pm
Ahli keluarga arwah kanak-kanak yang maut jatuh dari tingkat tujuh pangsapuri di Presint 5, Putrajaya berkumpul di luar bilik mayat Hospital Putrajaya. - Foto NSTP/Samadi Ahmad
Ahli keluarga arwah kanak-kanak yang maut jatuh dari tingkat tujuh pangsapuri di Presint 5, Putrajaya berkumpul di luar bilik mayat Hospital Putrajaya. - Foto NSTP/Samadi Ahmad

Hasrat bercuti ke Janda Baik bertukar tragedi

PUTRAJAYA: Keterujaan sebuah keluarga untuk bercuti di Janda Baik hujung minggu ini bertukar menjadi kisah menyayat hati selepas anak perempuan kedua berusia 11 tahun maut terjatuh dari tingkat tujuh pangsapuri di sini, semalam.

Bapa mangsa, Md Rizal Ramdzan, 42, berkata beliau lima sekeluarga termasuk Keisya Nawrah pada mulanya amat teruja semalam dengan rancangan percutian itu, namun pada sebelah petang ia bertukar menjadi tragedi.

Ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Putrajaya hari ini, penjawat awam itu berkata anaknya tidak menunjukkan apa-apa perubahan sebelum kejadian.

Keisya Nawrah dilaporkan terjatuh dari tingkat tujuh pangsapuri pada sekitar jam 6.15 petang, sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada kira-kira 7 malam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A Asmadi Abdul Aziz berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu laporan bedah siasat dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Pasukan perubatan memberi rawatan kecemasan kepada kanak-kanak yang terjatuh dari tingkat 7 di Putrajaya petang semalam. - Foto ihsan pembaca
Pasukan perubatan memberi rawatan kecemasan kepada kanak-kanak yang terjatuh dari tingkat 7 di Putrajaya petang semalam. - Foto ihsan pembaca

Berita berkaitan:

  • Kanak-kanak maut jatuh tingkat 7 apartment
  • Berita Harian X