Isnin, 2 Ogos 2021 | 4:01pm

Surplus desak tindakan terhadap MP

GEORGETOWN: Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang menggesa polis mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen (MP) pembangkang yang berarak dari Dataran Merdeka ke Parlimen hari ini.

Pengerusinya, Mohd Sophian Mohd Zain, berkata ia berikutan tindakan mereka mengadakan perhimpunan itu dengan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penjarakan fizikal.

Kejadian itu juga boleh menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat berikutan jangkitan varian delta yang boleh merebak dengan pantas.

"Seluruh rakyat diminta duduk di rumah, jaga jarak dan tidak hadir ke tempat sesak tetapi malangnya mereka (Ahli Parlimen) yang membawa rakyat ke jalanan.

Sophian membuat laporan polis berhubung himpunan Ahli Parlimen di Dataran Merdeka pagi tadi. - NSTP/Mikail Ong
Sophian membuat laporan polis berhubung himpunan Ahli Parlimen di Dataran Merdeka pagi tadi. - NSTP/Mikail Ong

"Jangan heret isu Parlimen ke jalanan, dengan mengatakan 'kerajaan gagal' tetapi sebenarnya menampakkan diri sendiri yang gagal.

"Hendak rebut balik kuasa sehingga sanggup melanggar SOP, " katanya selepas membuat laporan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, hari ini.

Pagi tadi, kalangan Ahli Parlimen Pembangkang berkumpul di Dataran Merdeka selepas laluan masuk ke Parlimen dikawal ketat pihak berkuasa.

Antara yang kelihatan ialah Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad; Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bersama Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng dan (tiga dari kiri) serta Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq (kanan) berarak dari Dataran Merdeka menuju bangunan Parlimen hari ini. - NSTP/Aswadi Alias

Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan sebahagian Ahli Parlimen dari blok pembangkang berkumpul di Dataran Merdeka sebelum bergerak menuju ke Parlimen. - NSTP/Aswadi Alias

Ahli Parlimen pembangkang yang berarak dari Dataran Merdeka ke Parlimen hari ini. - NSTP/Aswadi Alias
Ahli Parlimen pembangkang yang berarak dari Dataran Merdeka ke Parlimen hari ini. - NSTP/Aswadi Alias

Anggota Unit Polis Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal di Jalan Parlimen dari Bulatan Dato Onn susulan perarakan Ahli Parlimen berarak dari Dataran Merdeka menuju bangunan Parlimen berikutan penangguhan Sidang Dewan Rakyat, Parlimen hari ini. - NSTP/Aswadi Alias

Berita Harian X