Khamis, 18 Februari 2021 | 5:06pm
Bapa tiri disyaki dera budak perempuan empat tahun akan dituduh ikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh
Bapa tiri disyaki dera budak perempuan empat tahun akan dituduh ikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh

Bapa tiri disyaki dera budak perempuan 4 tahun didakwa esok

TAMPIN: Bapa tiri kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang disyaki mati akibat didera di Halacara Baru, Gemas, dekat sini, pada 1 Februari lalu bakal didakwa di Mahkamah Majistret Tampin, esok.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab wahab, berkata lelaki berusia 30 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori simen itu sebelum ini disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.

"Timbalan Pendakwa Raya Negeri Sembilan bersetuju agar tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, BH melaporkan lelaki berusia 30 tahun itu ditahan jam 10 malam pada 9 Februari lalu, di hadapan balai polis ketika menunggu isteri dan seorang lagi anak tirinya berumur sembilan tahun yang dipanggil memberi keterangan.

Suspek ditahan selepas abang mangsa mendedahkan adiknya kerap dipukul oleh bapa tiri mereka.

Polis menerima laporan daripada doktor bertugas di Klinik Kesihatan Gemas mengenai kes seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia, 1 Februari lalu.

Berita Harian X